(Pengumuman) Persidangan Puteri UMNO Cawangan Durian Tanjung dan Pohon Batu

4 comments

(Pengumuman) Persidangan Puteri UMNO Cawangan Durian Tanjung dan Pohon Batu

AHAD, 14 JUN 2009

Persidangan Puteri Cawangan DURIAN TUNJUNG dan POHON BATU.
Kepada semua ahli Puteri cawangan boleh menghubungi Puteri Jura'adhiyah (Ketua Puteri Durian Tunjung) dan Puteri Niswati (Ketua Puteri Pohon Batu) untuk keterangan lanjut.
Read On

Ketua Kampung: Lima Bulan Buat Kerja Percuma

1 comments

Ketua Kampung: Lima Bulan Buat Kerja Percuma

"Ring…..ring…..ring….."
Apa hal la pulak ni…..? Masalah apa la pulak…..? Kena pi kawasan mana la pulak…..? Haru ni…. Takkan nak buat pekak pulak. Tak pi salah pasai tanggungjawab. Kalau pi masalah la pulak. Nak karau kat mana lagi….?

Kalu lagu ni aku tak sanggup dah. Larat ka nak berjihad. Hampir 37 tahun bersama PAS dok berjihad. Kerajaan PAS perintah Kedah pun masih lagi kena berjihad. Bukannya aku nak tuntut, tapi sampai bila nak kena buat kerja free.

Minyak motor nak kena bubuh, bil telefon nak kena bayar, kertas nak kena beli dan perut pun nak kena isi. Dah la kerja tak tentu masa. Mengalah YB lagi.
Lima Bulan Buat Kerja Percuma

Aku heran la. Apa nak jadi dgn kerajaan PR di bawah pimpinan PAS. Depa ni tau tak buat kerja atau tak cari duit ka…..?

Tak sepatutnya aku nak buat bising, tapi masalah ni dah berbuih mulut dok bagi tau kat Wisma Darulaman malah Batu 9 lebih arif dlm perkara ni, buta tuli kot. Jawatankuasa Batu 9 pun boleh dapat elaun….. Kami ni KETUA KAMPUNG buat kerja free.

Hangpa ni jenis takdak hati perut kot. Last sekali kami dapat elaun bulan 12,2008. Masa perjumpaan kat Sri Mentaloon majlis Ketua Kampung suruh kami buat buku akaun bank supaya elaun kami boleh masuk otomatik dlm bank. Itu janji MB. Tapi…..

La ni jenis kerajaan buta tuli, mangkok hayun, takdak hati perut….. 5 bulan kami tunggu satu sen pun tak masuk. Lagu ni ka kerajaan pimpinan PAS tadbir…..? Perah kerengat kami buat kerja, hangpa hidup mewah. Rakyat mampus pi, ketua kampong jadi mangsa buat kerja.

Elaun RM300.00 buat kerja mengalah YB yg gaji RM5,000.00. Elaun JKKP lebih banyak dari kami tambah pulak tiap2 bulan dapat. Pi mana habis duik kerajaan….. Kami ada yg mengikat perut demi memberi khidmat pada masyarakat, tapi YB pula hayun sana hayun sini dan ada yg bertambah hebat. Claim lambat dapat, hangpa bising.

Malas aku nak sebut nama YB mahupun SU dan Pegawai khas MB, ada yg pegang dua tiga konsesi balak, ada yg hebat berkereta baru, ada yg mengALIBABAkan projek, ada yg kesana-sini makan angin yg kononnya nak bawa masuk pelaburan. Hakikat dia haram satu pembangunan pun tak nampak lagi la di Kedah ni. Di mana pentadbiran Islam yg hanpa bawa kalu lagu ni. Lebih kurang YAHUDI.

Malah ada 2 YB ni seperti merpati dua sejoli , kalau keluar Negara selalu mesti bersama nak cari pelaburan la konon tapi sampai la bukan kata habuk, bau pun takdak. Depa ni gay pa. Ni dengaq kata nak ke Holland pulak…..tengok cara tanam tomato ka pa entah. Banyak la pulak duit kerajaan. Tak payah pi jauh laaaaa, pi naik Cameron belajaq kat MARDI. Berapa det la sangat. Kalu MARDI tu bawah Persekutuan hangpa tak mau kerjasama, pi Thailand (Negara terbaik pertanian Asia Tenggara) tambah pulak cuaca dan suhu lebikurang sama saja.

Tolong la wahai MB dan pihak berkenaan, jgn buta mata, pekak telinga. Kalau dok ikut jugak apa Batu 9 kata, hancurlah PAS. Bukan aku saja, ramai dah naik meluat dgn pakatan di Batu 9.

Bukan ugutan tapi kenyataan "JANGAN SAMPAI KAMI KETUA KAMPUNG BERARAK PI WISMA DARULAMAN".

Elaun RM300.00.
Ketua Kg seluruh Kedah lebih kurang 2,000 orang (ambil anggaran saja).

RM300.00 x 2,000 org x 5 bulan = RM3,000,000.00.
(hangpa nak karau kat mana.....?)

Luahan Ketua Kampung.


Sungguh Ka.....?
http://sungguhka.blogspot.com
Read On

Lawatan Lee Kuan Yew: Fahami Yang Tersurat Dan Tersirat

1 comments

Lawatan Lee Kuan Yew: Fahami Yang Tersurat Dan Tersirat

MELIHAT kepada laporan media massa, saya rasa tidak keterlaluan kalau saya ibaratkan lawatan bekas Perdana Menteri Singapura, Encik Lee Kuan Yew ke Malaysia sekarang seperti lawatan seorang Maharaja China. Sungguh istimewa sambutannya.

Tetapi ia sebenarnya lebih hebat kerana Maharaja China tidak pernah membuat lawatan ke luar negara sebab mengikut kepercayaan orang China dahulu kala, hanya bumi China bertamadun dan manusia di luar Empayar China adalah orang liar (barbarians) dan orang tidak beragama (heathens).

Kalau tidak silap saya, hanya Pu Yi , Maharaja terakhir China yang menjadi boneka Jepun yang pernah melawat ke luar negara.

Mengapa saya tidak berkata begitu? Lihat sajalah siapa yang membuka pintu rumah dan hati mereka kepada Menteri Mentor Singapura itu – Yang di-Petuan Agong, Perdana Menteri, Sultan-Sultan, Menteri-Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri.

Dalam Utusan Malaysia hari ini saya tengok tiga Naib Presiden Umno begitu "sopan" bergambar dengan beliau.

Terlintas di fikiran saya adakah seorang negarawan Malaysia seperti Tun Dr Mahathir Mohamad akan mendapat penghormatan dan keistimewaan yang serupa kalau beliau melawat Singapura?

Tentunya tidak. Di Singapura tidak ada Raja. Di Singapura tidak ada Kerajaan Negeri Pas, DAP atau PKR. Di Singapura hanya ada Kerajaan PAP. Di Singapura tidak ada berbagai parti. Di Singapura ada PAP saja. Singapura adalah sebuah negara demokrasi yang tidak ada pembangkang. Lihatlah apa yang mereka buat kepada pembangkang!

Tapi tak apalah. Bukankah kita ini bangsa yang sangat menghormati tetamu apatah lagi orang tua seperti LKY yang datang untuk mengubati nostalgia?

Pembaca blog ini yang muda mungkin tidak tahu dan yang tua pula mungkin sudah lupa bahawa LKY pernah menjadi warganegara Malaysia dan pernah menjadi Ahli Parlimen Malaysia antara tahun 1963 dan 1965.

Saya tidak tahu secara langsung apa yang tersirat dan tersurat dalam lawatan itu kerana tidak dijemput menghadiri sebarang pertemuan atau taklimat mengenainya. Tetapi saya yakin LKY pastinya tidak menjelajah Semenanjung Malaysia sekadar untuk bernostalgia dan mengubati rindu.

Pada pandangan saya, LKY dengan rombongan anak muridnya menjelajah Semenanjung atas tujuan dan sebab berikut:

1. Singapura bimbang dengan perkembangan politik di Malaysia, khasnya kelemahan Umno/Barisan Nasional dan kemungkinan kemunculan Pas sebagai parti induk politik Malaysia;

2. Singapura bimbang sokongan orang bukan Melayu, khasnya pengundi Cina, kepada Pakatan Rakyat akan memperkukuhkan kedudukan dan peranan Pas;

3. Kalau boleh, LKY mahu mempengaruhi masyarakat Cina Malaysia supaya kembali menyokong BN;
LKY sedar bahawa Malaysia yang stabil adalah penting kepada kestabilan politik dan ekonomi Singapura;

4. Dengan suasana Ekonomi Harimaunya dalam keadaan yang sangat lemah, Singapura perlu berbaik-baik dan berpakat dengan semua negara jiran;

5. LKY sedar bahawa pembatalan rundingan isu-isu tertangguh antara kedua negara seperti Perjanjian Bekalan Air, Tanah Keretapi Tanah Melayu di Singapura dan simpanan rakyat Malaysia dalam Tabung Simpanan Pusat (CPF) Singapura akan menjejaskan perhubungan jangka panjang; dan

6. Singapura masih menaruh harapan yang Malaysia pada suatu hari nanti bersedia memulakan semula penjualan pasir kepadanya dan membuka ruang udaranya kepada kapal terbang tenteranya.

Jadi lawatan LKY ini bukanlah lawatan nostalgia. Ia adalah lawatan mencari maklumat dan risikan. Lawatan untuk mengenali dan mengukur kepintaran para pembesar Malaysia. Lawatan untuk mengajar anak buahnya untuk mengenali barisan baru kepemimpinan Malaysia.

Inilah keistimewaan Singapura. Ia sangat mengutamakan maklumat dan risikan. Dan tidak seperti negara kita yang meminggir dan mencemuh Dr Mahathir, Singapura memaksimumkan penggunaan LKY sebagai guru dan diplomat luar biasa untuk menarik pelaburan asing dan menebarkan pengaruh Singapura sebagai kuasa ekonomi serantau.

LKY bukan sahaja melawat Malaysia. Dia juga melawat negara-negara jiran yang lain dan menjadi kepala kepada usaha Singapura menarik pelaburan dari negara-negara Asia Barat.

Jadi, harap-harapnya para pembesar kita daripada pelbagai peringkat dan parti tidak sekadar bersalaman dan bergambar dengan LKY sahaja.

Kalau pun mereka keberatan belajar daripada Dr Mahathir, sekurang-kurangnya belajarlah daripada LKY kerana keduanya adalah pemikir dan pelaksana teragung panca-penjajahan di rantau kita ini. Keduanya berjaya kerana mereka mengutamakan maklumat dan risikan.


A Kadir Jasin
http://kadirjasin.blogspot.com
Read On

Manohara dan Kisah-kisah Cinta Dengan Indon

0 comments

Manohara dan Kisah-kisah Cinta Dengan Indon

Sekarang ni, skandal yang sibuk dibincang adalah mengenai bekas model Indonesia, Manohara yang lari dari suaminya dan anak Sultan Kelantan, Tengku Muhammad Fakry Petra.

Ada cerita Manohara lari dengan memberitahu Kadar Shah menggunakan isyarat. Macam-macam yang dispekulasikan mengenai riwayat hidup Manohara. Dari ibu Manohara yang dikatakan mata duitan, penglibatan Interpol, bekas teman Manohara yang merupakan anak hartawan Bakrie hingga video kekasaran terhadapnya.

Katanya hubungan antara Manohara dan Tengku Fakry masih baik dan mereka sedia kembali bersama. Ada kata masaalahnya kehidupan istana yang penuh protokal dan caranya tersendiri tidak sesuai dengan anak muda yang dahulunya sosial dan bebas.

Cerita Manohara ini sensasi kerana melibatkan putera raja dan seorang wanita muda yang amat cantik. Untuk cerita kehidupan ianya tidak menyayatkan. Pada Husin, ini cerita peribadi antara suami isteri. Tak perlu dihebuh-hebuhkan.

Kawan ana dari Sabah ada menghantar e-mel mengenai satu percintaan dengan wanita Indonesia. Cerita ini sungguh mengguris hati. Ia melibatkan seorang warga Indonesia juga, tetapi hanya seorang pembantu rumah.

Untuk beberapa tahun, Sutina bekerja dengan Ahmad Suffian sebagai pembantu rumah. Sutina seorang pekerja yang baik. Dia ikhlas dalam kerjanya dan baik melayan majikannya. Ini menyentuh hati Suffian. Dia menghormati Sutina dan melayannya dengan baik.

Sutina orangnya sebenar cantik dan menarik tetapi maklumlah buat kerja rumah, tidak menyerlah kecantikannya. Suffian menyedari akan kecantikan Sutina disebalik luarannya yang simple.

Dengan layanannya yang baik, lama-lama dia jatuh hati dan diluahkan perasaanya. Terjalin hubungan sulit antara mereka hingga akhirnya terlanjur.

Satu hari, Sutina memberitahu Suffian yang dirinya sudah berisi. Suffian menjadi serba salah. Dia sedia bertanggungjawab untuk menikahi Sutina. Suffian rasa dirinya mampu menyediakan sebuah rumah untuk Sutina disini. Mungkin tidaklah mampu untuk meletakkan Sutina di sebuah rumah di kawasan mewah semacam seorang Menteri dulu.

Yang menyulitkan, Suffian tidak mahu merosakkan perkahwinannya dan Sutina tidak mahu melukakan isteri Suffian, Norazalina yang melayannya macam keluarga. Akhirnya demi kebaikan semua, mereka bersetuju untuk merahsiakan perhubungan mereka. Dengan berat hati, Suffian bersetuju dengan permintaan Sutina untuk kembali ke Bandung untuk melahirkan anak mereka di sana.

Suffian sedih untuk berpisah dan kesal tidak dapat melihat kelahiran anak mereka. Dia berjanji akan menanggung segala sara hidup Sutina dan kos pembesaran anak tersebut sehingga umurnya berusia 18 tahun. Dia akan mengatur untuk mereka bernikah. Sutina berjanji tidak akan menceritakan pernikahan mereka kepada sesiapa.

Suffian meminta Sutina memberitahunya secara rahsia apabila anaknya lahir nanti. Caranya adalah melalui poskad. Dia minta ditulis perkataan "Mi Bandung" dibelakangnya dan dia faham anak sudah lahir. Dia akan segera menghantar belanja tambahan untuk anak.

Sembilan bulan berlepas itu. Satu hari Suffian pulang dari kerja. Dengan ruap muka yang hairan bercampur curiga, maklumlah orang perempuan, Norazalina memberitahu suaminya mengenai satu poskad yang diterima dari posmen hari itu.

"Abang ... abang dapat poskad yang peliklah hari ni."

"Oh, ye ke? Bagi poskad tu kat abang. Biar abang tengok," jawab Suffian dengan hati yang sedih bercampur gumbira. Dia dapat merasa Sutina sudah melahirkan anak mereka.

Norzalina pun memberi poskad itu kepada Suffian.

Suffian terus membalikkan poskad untuk membaca pesanan rahsia mereka. Tiba-tiba muka Suffian berubah. Mula-mula bertukar menjadi biru, kemudian berubah menjadi ungu dan terus pengsan.

Apa isi kandung poskad itu?

Isi kandung poskad itu berbunyi ...

"Mi Bandung, Mi Bandung, Mi Bandung, Mi Bandung - 2 ada telur, 2 tiada telur. Tolong hantarkan kuah lebih ya!"


The Antics of Husin Lempoyang
http://the-antics-of-husin-lempoyang.blogspot.com

Read On

Kenapa Husam dan Nik Aziz bencikan sangat UMNO tapi kasih kan DAP?

8 comments

Kenapa Husam dan Nik Aziz bencikan sangat UMNO tapi kasih kan DAP?

Secara mutlak Husam dan geng Erdogan sudah tidak punya kuasa dalam PAS , Anwar sudah sepi membisu kerana segala perancangan beliau tidak direstui oleh Allah SWT. Kumpulan Erdogan mahu menyekat perbincangan mengenai kerajaan Perpaduan , mereka mahu menghalang kerana mereka lebih rela bekerjasama dengan DAP dari UMNO. Sekiranya PAS orang Melayu beragama Islam dan UMNO orang Melayu beragama Islam bekerjasama untuk orang Melayu, Anwar pasti tersingkir kerana tiada tempat Anwar dalam UMNO. Bau Anwar pun sudah tidak wujud dalam UMNO.

Pada sidang media selepas tewas merebut jawatan Timbalan Presiden PAS dalam muktamar parti itu minggu lalu, Datuk Husam Musa yakin perjuangan dan pandangan politiknya dapat diteruskan dalam parti itu.Beliau mendakwa, majoriti ahli jawatankuasa PAS Pusat dan Naib Presiden yang dipilih adalah mereka yang komited terhadap pandangan terutama dalam menolak gagasan kerajaan perpaduan.Bekas Naib Presiden dan Exco kerajaan Kelantan itu menjelaskan, beliau membangkitkan isu menolak gagasan kerajaan perpaduan bukan untuk menang pemilihan parti tetapi tidak mahu PAS mengadakan rundingan dengan UMNO.Katanya, tiada jalan pintas walau apa cara sekalipun untuk PAS bersama-sama UMNO

.Beliau tegas pada pandangan PAS mesti menggantikan UMNO.Barangkali memegang prinsip 'alang-alang menyeluk pekasam, biar ke pangkal lengan', usaha Husam dan beberapa pemimpin lain dalam kumpulan Erdogan, nampaknya tidak berakhir selepas muktamar tersebut.Malah desas desus yang berlegar mengatakan adanya pertemuan sulit kumpulan itu yang turut dihadiri oleh Musyridul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat di ibukota selepas muktamar itu untuk merumus cara mematahkan sebarang usaha untuk menjayakan idea kerajaan perpaduan,pasti akan menghangatkan lagi keadaan

Kenapa Husam dan Nik Aziz terus menerus mangkafirkan UMNO sedangkan yang kafir sebenar dipeluk dan di cium . Mengapa Nik Aziz dan Husam mahu menolak kerjasama mereka yang sejemaah dalam satu masjid yang menyembah tuhan yang sama ia itu Allah SWT. Mengapa Nik Aziz lebih berminat kepada DAP dan Anwar Ibrahim peliwat antarabangsa.

Hj Hadi menyedari hakikat ini dan itulah sebab kumpulan ulamak lebih cenderung mencari jalan penyelesaian demi agama dan bangsa Melayu. Mereka tidak perjuangkan kerusi Perdana Menteri dan mereka memikirkan maruah bangsa dan agama. Hanya UMNO lah sebuah parti pendokong maruah bangsa Melayu.

http://www.kpmu.net
Read On

UMNO Mendatangi PAS Dari Belakang?

0 comments

UMNO "MENDATANGI" PAS DARI BELAKANG?

Malaysiakini hari ni melaporkan bahawa mereka ada menerima maklumat dari "sumber-sumber" yang mengatakan bahawa UMNO mendalangi muktamar PAS yang baru berlangsung baru-baru ini.

Sedikit petikan dari laporan tersebut, selebihnya korang klik sini untuk bacaan sendiri.
"Sumber-sumber berkata, pembayaran untuk sewaan bilik di sebuah hotel lima bintang di Shah Alam bagi tempoh tiga hari sejak hari pertama muktamar 5 Jun lalu dibuat atas nama seorang bekas peguam dari Perlis."
DES : Alahai...boringnyer, sikit-sikit UMNO, buat best sikit, UMNO punye keja, Mukatamar berjalan lancar pun UMNO punya kerja jugak? Adoihh! Hentikan fitnah memfitnah nie, cari la berita lain yang lebih bermaklumat dan sensasi.

Hmmm..PAS dah tak berduit sangat ke sampai nak kena sponsor dengan UMNO? Boring laaa! Cari cerita lain...next please!

http://pilihan-anda.blogspot.com
Read On

Kes Liwat Saiful - Anuar Ibrahim: Moga Allah Beri Petunjuk!

0 comments

Kes Liwat Saiful - Anuar : Moga Allah Beri Petunjuk!

Sejarah sejak di universiti
UM tempat memulakan aksi
Diheboh tragis insan mati
Kebuluran di Baling, uari

Hebat pidato, ramai ngaga
Imej Islam jati kelek sama
PKPIM terlihat diperguna
Berjaya ABIM dapat bina

Yayasan Anda jaya bentuk
Air tangan beliau menusuk
Promo diri kagumi tenguk
Dilihat minati rata pelusuk

Dalam negara, hebat rasai
Ke pentas dunia dijelajahi
Dalam WAMY ikut dikenali
Banyak terpukau sana sini

Elok dicatat persilatannya
Gagal kuasai 4B sedia ada
Tuah peraturan halanginya
ABIM jadi pelonjak utama

Atas ketokohan kita tenguk
UMNO dan PAS mahu peluk
Pada UMNO beliau angguk
Terkilan parti PAS terduduk

Dulu TunM,beliau junjungi
Taburan setiakawan jaringi
Gugur TunGhafar tandingi
Timbalan PM jaya perolehi

Hanya selangkah jadi nyata
Hebohlah oleh PAS merata
Mat sabu dan lain2 menjaja
Gelaran 'aljuburi' terbiasa

TunM pun tak sedap duduk
Siasat segala seluk-beluk
Digugur dari kerusi empuk
Mantan TPM marah becuk

Di mahkamah beliau diadili
Pertuduhan liwat sukar bukti
Kes salahguna kuasa hadapi
Di Sg Buluh hukuman jalani

Apabila larangan tamat masa
PRK Pematang Pauh laksana
Redha isteri buat suami setia
Kini penasihat PR bertakhta

Belum lenyap ingatan buruk
Kes kedua serupa menjenguk
Kabarnya Julai nanti tenguk
Semoga Allah beri petunjuk

KOLEKSI PUISI SERLING
http://koleksipuisiserling.blogspot.com/

p/s:
Rakaman puisi menjelang perbicaraan kes liwat kedua bulan Julai 2009 nanti – Keadilan buat Saiful dan Anwar.
Read On

Perpaduan politik UMNO-PAS?

0 comments

Perpaduan politik UMNO-PAS?

Perpaduan – mudah disebut sukar di ertikan malahan lebih kabur sekiranya mahu di interpretasikan secara mutlak. Kerajaan perpaduan masih belum dapat didefinisikan bentuknya. Sikap terbuka yang di perkatakan wujud dalam kepimpinan PAS dan UMNO untuk membincangkan isu mengenai kerajaan perpaduan belum menjanjikan arah dan bentuk perpaduan tersebut. Ia masih dipersoalkan? Soal kejujuran memperkatakan mengenai perpaduan – baik kerajaan perpaduan atau perpaduan Melayu itu sendiri masih kabur. Ada suara – secara terbuka mengatakan bahawa kerajaan perpaduan – anjuran sesiapa pun harus di teliti oleh PAS kerana konsep dan idea ini wujud apabila UMNO merasakan dominasi mereka ke atas Melayu semakin meleset.

Berbalik kepada isu kerajaan perpaduan soalan yang utama adalah bentuk kerajaan perpaduan – tanpa perpaduan mutlak perhubungan antara Melayu. Adakah perpaduan yang di sebut-sebut hanya meniti atas titian politik tanpa semangat yang jelas dalam Melayu itu sendiri? Adakah sebenarnya perpaduan yang dianjurkan melibatkan Melayu keseluruhan atau hanya – sebahagian Melayu PAS, sebahagian Melayu UMNO dan segelintir Melayu dalam Parti Keadilan Rakyat? Adakah perpaduan antara Melayu akan turut di ukur dengan cara peratus menyokong dan bukan kepada jiwa kemelayuan dan semangat penyatuan kefahaman Melayu itu sendiri.

Adakah perpaduan politik menjanjikan perpaduan dalam erti kata sebenar – mengutamakan perjuangan Melayu – menjanjikan perjuangan memartabatkan ekonomi – meningkatkan nilai sosial dan kebudayaan Melayu. Adakah perpaduan Melayu itu mengutamakan Melayu atau terus menerus menjadi satu medium untuk loncatan politik – khususnya kepentingan kuasa.

Terlampau banyak persoalan wujud sungguhpun hakikat perpaduan itu penting dan perlu diadakan. Masalah utama ialah perpaduan Melayu masih terikat dalam kepompong politik. Membicarakan perpaduan politik menimbulkan pesimisme sama ada perpaduan bentuk itu akan dapat bertahan atau ia adalah perpaduan kosmetik yang akan luntur sekelip mata.

Melayu itu sendiri harus disedarkan – membuka set minda baru – menilai dan membuat keputusan secara optimis dan tidak terikat kepada anasir lain yang akan menghalang perjuangan Melayu dan membatasi suara Melayu bila menyebut erti perjuangan Melayu. Jangan politik menganjurkan perpaduan dan kerana politik rosak juga perpaduan tersebut.

Sungguhpun begitu – usaha perpaduan Melayu adalah penting dan seharusnya menjadi soal pokok yang perlu dibincangkan. Ini akan menentukan kelangsungan hayat Melayu baik dalam politik, ekonomi dan sosial. Namun cabaran pembentukan perpaduan amat besar – halangan yang wujud terus menerus ada dan satu hakikat penting – mungkin ketakutan kaum lain wujud dalam kita membicarakan mengenai perpaduan Melayu – khususnya dalam konteks kerajaan perpaduan.

ANUAR MOHD NOR
http://umno-reform2.com
Read On

Al kisah Anak khinzir tak sedar diri

0 comments

Al kisah Anak khinzir tak sedar diri

Al kisah di dalam sebuah hutan yang permai tinggal pelbagai jenis binatang. Dalam banyak-banyak binatang ada sekor anak khinzir dan seekor anak singa yang bersahabat baik.

Anak singa ini adalah anak raja hutan. Atas baik budi anak singa maka anak khinzir ini dapatlah cari can untuk berlegar-legar di hutan dengan selamat tanpa dikacau oleh singa, harimau dan binatang-binatang liar.

Pada suatu hari, anak singa dan anak khinzir berjalan-jalan bersantai di taman hutan. Lama kelamaan mereka berdua berasa bosan. Mereka tidak ada apa-apa lagi nak buat dan tidak tahu apa nak buat.

Malas pula nak baca buku sekolah. Betul-betul macam anak-anak kita melepak main tak henti-henti tak tahu mahu baca buku masa cuti sekolah.

Fikir punya fikir, mereka bersetuju untuk mengisi kelapangan itu dengan melukis. Anak singa mencadang, "Aku ada satu cadangan. Apa kata aku lukis muka kau dan kau lukis muka aku?"

Anak khinzir menjawab, "Hmmm ... ok juga. Boleh!"

Dia suruh anak singa diam-diam untuk dia lukis. Sudah lima belas minit, anak khinzir berteriak, "Hah, dah siap. Nah tengok. Cantik tak aku lukis? Warna kulit kamu cantik."

"Wah ... lawa kau lukis. Baik, sekarang aku pulak lukis muka kau ...," kata anak singa.

Selepas lebih kurang lima minit saja anak singa melukis sudah siap. Diberikan kepada anak khinzir sambil berkata, "Nah ... siap gambar muka kau yang lawa ni. Cuba tengok ..."

"Cepatnya," anak khinzir terima gambar itu dan tengok gambarnya. Mukanya langsung bertukar merah marah.

"Ape yang kau lukis ni anak singa!!!???," dia bertanya dengan agak marah.

"Betul la apa yang aku lukis tu. Inilah gambar kamu," jawab anak singa.

"Ini bukan muka aku. Mana warna yang berbelang-belang. Ini muka khinzir!"

Besar kepala rupanya anak khinzir ni. Dia tak sedar dia haiwan khinzir. Sementang dia berkawan dan diberi kemudahan oleh singa, dia sudah serba serbi mahu jadi macam juga singa. Sampai tak mengaku dirinya khinzir.

Entah apa maksud cerita ini ...

The Antics of Husin Lempoyang
http://the-antics-of-husin-lempoyang.blogspot.com
Read On

Rumah Sudah Siap, Pahat Masih Berbunyi

0 comments

Rumah Sudah Siap, Pahat Masih Berbunyi.

Apa hendak jadi dengan parti yang mengelarkan parti mereka Parti Islam. Muktamar Pas sudah berlabuh 3 hari semenjak Sabtu lalu. Namun, masih ada suara-suara sumbang mengenainya terutama mengenai Kerajaan Perpaduan yang diutarakan oleh Presiden Parti di dalam Muktamar Pas baru-baru ini:

1. Hasil persundalan haram di antara Pas dan DAP/PKR, Pas telah berjaya melahirkan generasi pelapis yang "tinggi" akhlaknya. Pemimpin-pemimpin parti tidak lagi dihormati, malah dicaci cerca dan dimaki. Inilah kejayaan pergabungan Pas di dalam Fuckatan Riot. Kita lihat wajah-wajah generasi baru Pas:
Benda ni mudah sebenarnya. Tapi sebab ahli PAS jenis bodoh, melantik perwakilan jenis bodoh, melantik Hadi menjadi Presiden, maka, rosak kecil yang berlaku selepas rosak besar, menjadi besar. Ntah apa ke faedahnya mempromosi UG pun gua tak tahu. Kalau nak promosi atau lontar idea boleh, tapi buat homework la. Penyudahnya jadi macam ni. Sekali lagi gua merakam betapa stupidnya ulama celaka ni. - Aduka Taruna.
Untuk penyokong PAS, PAS sekarang telah dirogol oleh Hadi Awang dan Nasha. Perogolan berganda dan berulang-ulang, bukan sehaja dirogol tetapi diliwat oleh kedua mereka ini. Saya benci Hadi Awang dan Nasha! - Perisik Rakyat.
Masih tertutupkah lagi kepala hotak Presiden dan Timbalan Presiden PAS, pekak dan butakah dengan kenyataan tersebut, bodoh tak boleh di ajar… suara akar umbi yang berdentum-dentam tidak di ambil peduli. Seperkara lagi, jika dah tahu ada musuh dalam selimut, Pelesit atau Parasit yang buat kerja-kerja BARUA maka tindakannya pancung sampai mati…. halau atau pecat saja Barua lalang yang mengganggu gugat ketenteraman Parti. - IkutSukaAku.
Inilah antara suara generasi baru Pas yang telah dididik secara halus oleh tangan-tangan ghaib Anwar Al Juburi (meminjam kata-kata Mohammad Sabu).

2. Orang-orang Pas mengadakan muktamar. Orang-orang Pas membuat pilihan siapakah pemimpin mereka. Apabila wujud ketidakpuasan hati di antara dua pemimpin, Pas menjadi retak terbelah dua. Satu pihak masih menganggap Presiden parti sebagai nakhoda kapal. Satu pihak lagi menganggap Mursyidul Am sebagai Ketua Parti. Persoalannya, siapakah yang patut diikut dan siapakah yang mempunyai hiraki yang tertinggi di dalam parti? Sekiranya mengikut logik akal, sekiranya Mursyidul Am adalah hiraki yang tertinggi di dalam parti, kenapakah beliau dicalonkan untuk jawatan Presiden Parti?

Saya tidak perduli orang-orang Pas hendak bergolok berparang. Lantak koranglah. Tidak cukup kapak, senapang saya hadiahkan. Yang saya kisah mereka guna nama Islam pada Parti sedangkan pemimpin dan pengikutnya berperangai lebih dari Yahudi. Kalau hendak mencalarkan nama Islam, buang perkataan Islam pada Pas. Habis cerita. Lepas tu, sambung balik maki hamun dan caci cerca. Apa daa ...

Cucu Tok Selampit.
http://sungguhka.blogspot.com

Read On