|
Showing posts with label Nik Aziz. Show all posts
Showing posts with label Nik Aziz. Show all posts
Kenapa Husam dan Nik Aziz bencikan sangat UMNO tapi kasih kan DAP?8 comments
Kenapa Husam dan Nik Aziz bencikan sangat UMNO tapi kasih kan DAP?
Secara mutlak Husam dan geng Erdogan sudah tidak punya kuasa dalam PAS , Anwar sudah sepi membisu kerana segala perancangan beliau tidak direstui oleh Allah SWT. Kumpulan Erdogan mahu menyekat perbincangan mengenai kerajaan Perpaduan , mereka mahu menghalang kerana mereka lebih rela bekerjasama dengan DAP dari UMNO. Sekiranya PAS orang Melayu beragama Islam dan UMNO orang Melayu beragama Islam bekerjasama untuk orang Melayu, Anwar pasti tersingkir kerana tiada tempat Anwar dalam UMNO. Bau Anwar pun sudah tidak wujud dalam UMNO.Pada sidang media selepas tewas merebut jawatan Timbalan Presiden PAS dalam muktamar parti itu minggu lalu, Datuk Husam Musa yakin perjuangan dan pandangan politiknya dapat diteruskan dalam parti itu.Beliau mendakwa, majoriti ahli jawatankuasa PAS Pusat dan Naib Presiden yang dipilih adalah mereka yang komited terhadap pandangan terutama dalam menolak gagasan kerajaan perpaduan.Bekas Naib Presiden dan Exco kerajaan Kelantan itu menjelaskan, beliau membangkitkan isu menolak gagasan kerajaan perpaduan bukan untuk menang pemilihan parti tetapi tidak mahu PAS mengadakan rundingan dengan UMNO.Katanya, tiada jalan pintas walau apa cara sekalipun untuk PAS bersama-sama UMNO .Beliau tegas pada pandangan PAS mesti menggantikan UMNO.Barangkali memegang prinsip 'alang-alang menyeluk pekasam, biar ke pangkal lengan', usaha Husam dan beberapa pemimpin lain dalam kumpulan Erdogan, nampaknya tidak berakhir selepas muktamar tersebut.Malah desas desus yang berlegar mengatakan adanya pertemuan sulit kumpulan itu yang turut dihadiri oleh Musyridul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat di ibukota selepas muktamar itu untuk merumus cara mematahkan sebarang usaha untuk menjayakan idea kerajaan perpaduan,pasti akan menghangatkan lagi keadaan Kenapa Husam dan Nik Aziz terus menerus mangkafirkan UMNO sedangkan yang kafir sebenar dipeluk dan di cium . Mengapa Nik Aziz dan Husam mahu menolak kerjasama mereka yang sejemaah dalam satu masjid yang menyembah tuhan yang sama ia itu Allah SWT. Mengapa Nik Aziz lebih berminat kepada DAP dan Anwar Ibrahim peliwat antarabangsa. Hj Hadi menyedari hakikat ini dan itulah sebab kumpulan ulamak lebih cenderung mencari jalan penyelesaian demi agama dan bangsa Melayu. Mereka tidak perjuangkan kerusi Perdana Menteri dan mereka memikirkan maruah bangsa dan agama. Hanya UMNO lah sebuah parti pendokong maruah bangsa Melayu. http://www.kpmu.net
Subscribe to:
Posts (Atom)
United Malays National Organisation
The United Malays National Organisation, or UMNO, (Malay: Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu), is a right-wing party and Malaysia's largest political party; a founding member of the Barisan Nasional coalition, which has been Malaysia's ruling political party since independence. It is known for being a major proponent of Malay nationalism, Islamism and capitalism, which holds that the Malay are the "definitive" people of Malaysia and, thus, deserve special privileges as their birthright than any other race in Malaysia.
Recent PostArchive
E-BOOK UMNO (.pdf)Tags
|







