|
Showing posts with label umno malaysia. Show all posts
Showing posts with label umno malaysia. Show all posts
Lawatan Lee Kuan Yew: Fahami Yang Tersurat Dan Tersirat1 comments
Lawatan Lee Kuan Yew: Fahami Yang Tersurat Dan Tersirat
MELIHAT kepada laporan media massa, saya rasa tidak keterlaluan kalau saya ibaratkan lawatan bekas Perdana Menteri Singapura, Encik Lee Kuan Yew ke Malaysia sekarang seperti lawatan seorang Maharaja China. Sungguh istimewa sambutannya.Tetapi ia sebenarnya lebih hebat kerana Maharaja China tidak pernah membuat lawatan ke luar negara sebab mengikut kepercayaan orang China dahulu kala, hanya bumi China bertamadun dan manusia di luar Empayar China adalah orang liar (barbarians) dan orang tidak beragama (heathens). Kalau tidak silap saya, hanya Pu Yi , Maharaja terakhir China yang menjadi boneka Jepun yang pernah melawat ke luar negara. Mengapa saya tidak berkata begitu? Lihat sajalah siapa yang membuka pintu rumah dan hati mereka kepada Menteri Mentor Singapura itu – Yang di-Petuan Agong, Perdana Menteri, Sultan-Sultan, Menteri-Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri. Dalam Utusan Malaysia hari ini saya tengok tiga Naib Presiden Umno begitu "sopan" bergambar dengan beliau. Terlintas di fikiran saya adakah seorang negarawan Malaysia seperti Tun Dr Mahathir Mohamad akan mendapat penghormatan dan keistimewaan yang serupa kalau beliau melawat Singapura? Tentunya tidak. Di Singapura tidak ada Raja. Di Singapura tidak ada Kerajaan Negeri Pas, DAP atau PKR. Di Singapura hanya ada Kerajaan PAP. Di Singapura tidak ada berbagai parti. Di Singapura ada PAP saja. Singapura adalah sebuah negara demokrasi yang tidak ada pembangkang. Lihatlah apa yang mereka buat kepada pembangkang! Tapi tak apalah. Bukankah kita ini bangsa yang sangat menghormati tetamu apatah lagi orang tua seperti LKY yang datang untuk mengubati nostalgia? Pembaca blog ini yang muda mungkin tidak tahu dan yang tua pula mungkin sudah lupa bahawa LKY pernah menjadi warganegara Malaysia dan pernah menjadi Ahli Parlimen Malaysia antara tahun 1963 dan 1965. Saya tidak tahu secara langsung apa yang tersirat dan tersurat dalam lawatan itu kerana tidak dijemput menghadiri sebarang pertemuan atau taklimat mengenainya. Tetapi saya yakin LKY pastinya tidak menjelajah Semenanjung Malaysia sekadar untuk bernostalgia dan mengubati rindu. Pada pandangan saya, LKY dengan rombongan anak muridnya menjelajah Semenanjung atas tujuan dan sebab berikut: 1. Singapura bimbang dengan perkembangan politik di Malaysia, khasnya kelemahan Umno/Barisan Nasional dan kemungkinan kemunculan Pas sebagai parti induk politik Malaysia; 2. Singapura bimbang sokongan orang bukan Melayu, khasnya pengundi Cina, kepada Pakatan Rakyat akan memperkukuhkan kedudukan dan peranan Pas; 3. Kalau boleh, LKY mahu mempengaruhi masyarakat Cina Malaysia supaya kembali menyokong BN; LKY sedar bahawa Malaysia yang stabil adalah penting kepada kestabilan politik dan ekonomi Singapura; 4. Dengan suasana Ekonomi Harimaunya dalam keadaan yang sangat lemah, Singapura perlu berbaik-baik dan berpakat dengan semua negara jiran; 5. LKY sedar bahawa pembatalan rundingan isu-isu tertangguh antara kedua negara seperti Perjanjian Bekalan Air, Tanah Keretapi Tanah Melayu di Singapura dan simpanan rakyat Malaysia dalam Tabung Simpanan Pusat (CPF) Singapura akan menjejaskan perhubungan jangka panjang; dan 6. Singapura masih menaruh harapan yang Malaysia pada suatu hari nanti bersedia memulakan semula penjualan pasir kepadanya dan membuka ruang udaranya kepada kapal terbang tenteranya. Jadi lawatan LKY ini bukanlah lawatan nostalgia. Ia adalah lawatan mencari maklumat dan risikan. Lawatan untuk mengenali dan mengukur kepintaran para pembesar Malaysia. Lawatan untuk mengajar anak buahnya untuk mengenali barisan baru kepemimpinan Malaysia. Inilah keistimewaan Singapura. Ia sangat mengutamakan maklumat dan risikan. Dan tidak seperti negara kita yang meminggir dan mencemuh Dr Mahathir, Singapura memaksimumkan penggunaan LKY sebagai guru dan diplomat luar biasa untuk menarik pelaburan asing dan menebarkan pengaruh Singapura sebagai kuasa ekonomi serantau. LKY bukan sahaja melawat Malaysia. Dia juga melawat negara-negara jiran yang lain dan menjadi kepala kepada usaha Singapura menarik pelaburan dari negara-negara Asia Barat. Jadi, harap-harapnya para pembesar kita daripada pelbagai peringkat dan parti tidak sekadar bersalaman dan bergambar dengan LKY sahaja. Kalau pun mereka keberatan belajar daripada Dr Mahathir, sekurang-kurangnya belajarlah daripada LKY kerana keduanya adalah pemikir dan pelaksana teragung panca-penjajahan di rantau kita ini. Keduanya berjaya kerana mereka mengutamakan maklumat dan risikan. A Kadir Jasin http://kadirjasin.blogspot.com UMNO Mendatangi PAS Dari Belakang?0 comments
UMNO "MENDATANGI" PAS DARI BELAKANG?
Malaysiakini hari ni melaporkan bahawa mereka ada menerima maklumat dari "sumber-sumber" yang mengatakan bahawa UMNO mendalangi muktamar PAS yang baru berlangsung baru-baru ini.Sedikit petikan dari laporan tersebut, selebihnya korang klik sini untuk bacaan sendiri. "Sumber-sumber berkata, pembayaran untuk sewaan bilik di sebuah hotel lima bintang di Shah Alam bagi tempoh tiga hari sejak hari pertama muktamar 5 Jun lalu dibuat atas nama seorang bekas peguam dari Perlis."DES : Alahai...boringnyer, sikit-sikit UMNO, buat best sikit, UMNO punye keja, Mukatamar berjalan lancar pun UMNO punya kerja jugak? Adoihh! Hentikan fitnah memfitnah nie, cari la berita lain yang lebih bermaklumat dan sensasi. Hmmm..PAS dah tak berduit sangat ke sampai nak kena sponsor dengan UMNO? Boring laaa! Cari cerita lain...next please! http://pilihan-anda.blogspot.com Perpaduan politik UMNO-PAS?0 comments
Perpaduan politik UMNO-PAS?
Perpaduan – mudah disebut sukar di ertikan malahan lebih kabur sekiranya mahu di interpretasikan secara mutlak. Kerajaan perpaduan masih belum dapat didefinisikan bentuknya. Sikap terbuka yang di perkatakan wujud dalam kepimpinan PAS dan UMNO untuk membincangkan isu mengenai kerajaan perpaduan belum menjanjikan arah dan bentuk perpaduan tersebut. Ia masih dipersoalkan? Soal kejujuran memperkatakan mengenai perpaduan – baik kerajaan perpaduan atau perpaduan Melayu itu sendiri masih kabur. Ada suara – secara terbuka mengatakan bahawa kerajaan perpaduan – anjuran sesiapa pun harus di teliti oleh PAS kerana konsep dan idea ini wujud apabila UMNO merasakan dominasi mereka ke atas Melayu semakin meleset.Berbalik kepada isu kerajaan perpaduan soalan yang utama adalah bentuk kerajaan perpaduan – tanpa perpaduan mutlak perhubungan antara Melayu. Adakah perpaduan yang di sebut-sebut hanya meniti atas titian politik tanpa semangat yang jelas dalam Melayu itu sendiri? Adakah sebenarnya perpaduan yang dianjurkan melibatkan Melayu keseluruhan atau hanya – sebahagian Melayu PAS, sebahagian Melayu UMNO dan segelintir Melayu dalam Parti Keadilan Rakyat? Adakah perpaduan antara Melayu akan turut di ukur dengan cara peratus menyokong dan bukan kepada jiwa kemelayuan dan semangat penyatuan kefahaman Melayu itu sendiri. Adakah perpaduan politik menjanjikan perpaduan dalam erti kata sebenar – mengutamakan perjuangan Melayu – menjanjikan perjuangan memartabatkan ekonomi – meningkatkan nilai sosial dan kebudayaan Melayu. Adakah perpaduan Melayu itu mengutamakan Melayu atau terus menerus menjadi satu medium untuk loncatan politik – khususnya kepentingan kuasa. Terlampau banyak persoalan wujud sungguhpun hakikat perpaduan itu penting dan perlu diadakan. Masalah utama ialah perpaduan Melayu masih terikat dalam kepompong politik. Membicarakan perpaduan politik menimbulkan pesimisme sama ada perpaduan bentuk itu akan dapat bertahan atau ia adalah perpaduan kosmetik yang akan luntur sekelip mata. Melayu itu sendiri harus disedarkan – membuka set minda baru – menilai dan membuat keputusan secara optimis dan tidak terikat kepada anasir lain yang akan menghalang perjuangan Melayu dan membatasi suara Melayu bila menyebut erti perjuangan Melayu. Jangan politik menganjurkan perpaduan dan kerana politik rosak juga perpaduan tersebut. Sungguhpun begitu – usaha perpaduan Melayu adalah penting dan seharusnya menjadi soal pokok yang perlu dibincangkan. Ini akan menentukan kelangsungan hayat Melayu baik dalam politik, ekonomi dan sosial. Namun cabaran pembentukan perpaduan amat besar – halangan yang wujud terus menerus ada dan satu hakikat penting – mungkin ketakutan kaum lain wujud dalam kita membicarakan mengenai perpaduan Melayu – khususnya dalam konteks kerajaan perpaduan. ANUAR MOHD NOR http://umno-reform2.com Bersediakah Perak Di Perintah Oleh DAP?0 commentsBersediakah Perak Di Perintah Oleh DAP?
SEMASA Anwar Ibrahim mengajak untuk lompat parti untuk September 16, 2008 kononnya, itu tidak mengapa. Bila ADUN Bota, Dato Nasaruddin lompat ke PKR, mereka kata lompat parti tidak salah dari segi undang-undang. Tetapi apabila 3 wakil rakyat mereka lompat bersama ADUN Bota yang kembali, mereka mahu bubar Dewan Undangan secara berbohong, tuntut diadakan pilihanraya, dan persoalkan etika lompat parti. Krisis politik di negeri Perak tidak jadi begini jika pihak Pakatan Rakyat adalah kumpulan ahli politik yang bersifat budiman ("gentleman"). Bila majoriti sudah tidak ada, undurlah dengan terhormat. Tidaklah menipu memaksa orang letak jawatan. Tidaklah menipu mengatakan tidak tahu ada 3 sudah tidak beri sokongan. Tidaklah bubar bila hilang kuasa. Bila semua ini gagal, mereka memberontak, menderhaka kepada Sultan, menghina mahkamah, dan memecat orang sewenang wenang. Tindak tanduk dan asas hujah Pakatan Rakyat Perak penuh diwarnai dengan tipu helah, putarbelit fakta, dan permainan persepsi yang tidak konsisten dari satu masa ke satu masa. Perbuatan buruk mereka ini perlu didedahkan, difahami dan diyakini oleh orang ramai, ahli UMNO dan rakyat Malaysia dalam usaha DAP menrepublik Malaysia. Kemelut di negeri Perak berlaku kerana pihak Pakatan Rakyat terutama DAP tidak henti-henti berdegil dan enggan menerima realiti bahawa hilang majoriti hilanglah kuasa memerintah. Dalam amalan politik demokrasi, kuasa memerintah diberikan kepada pihak yang mempunyai paling banyak kerusi di Dewan Perundangan, tak kira Parlimen atau Dewan Undangan Negeri. Mahkamah Tinggi telah membuat keputusan mengenai kedudukkan Dato Seri Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar yang dilantik Sultan. Bila menang, tentu mereka bersorak. Tetapi bila kalah, pelbagai helah, bangkangan dan tuduhan mereka akan buat. Elok kita rungkaikan dulu penipuan besar pihak pembangkang berkenaan persidangan DUN Perak pada Mei 7hb Khamis lalu. Kata mereka, prinsip pengasingan kuasa antara cabang-cabang kerajaan - Eksekutif, Penggubal Undang-Undang ("Legislature") dan Mahkamah - dan Institusi Raja dalam semangat Perlembagaan Persekutuan harus dihormati. Jika diamati betul-betul, bukankah saman Nizar terhadap Zambry adalah satu tindakan meminta mahkamah mencampuri bidang kuasa DYMM Sultan Perak dalam hal-hal pembubaran DUN dan perlantikan MB? Dalam perkara ini, boleh pula mereka akui peranan mahkamah dalam mengadili persoalan-persoalan Perlembagaan. Samada keputusan mahkamah dihormati itu tidak pasti. Apabila keputusan mahkamah tidak berpihak kepada mereka, mereka selalunya akan berdegil dan engkar dengan keputusan mahkamah. Dalam hal mahkamah membatalkan keputusan Speaker Sivakumar menggantung MB yang dilantik Sultan dan 6 orang Exco serta 3 ADUN bebas, mereka berhelah pula mengatakan keputusan mahkamah tidak wajib dihormati. Semasa DUN bersidang pada Mei 7hb, Speaker tidak langsung mempedulikan keputusan mahkamah. Langsung, ia mengatakan kuasa Speaker adalah absolut dan mutlak hingga tidak boleh dipersoalkan langsung. Mana pula kata mereka yang sering mewar-warkan mengenai perlu ada "check and balance" dalam sistem kerajaan? Adakah memberi kuasa mutlak tanpa "check and balance" itu selari dengan semangat yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan? Yang pastinya, Speaker tidak memahami ruang kuasanya yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan DAN Undang-Undang Tubuh Negeri Perak. Dia juga tidak memahami dimana kedudukkannya dalam struktur kerajaan negeri Perak. Kuasa Speaker hanya khusus dalam memastikan perjalanan persidangan itu dijalankan dengan aman dan lancar menurut peraturan dan undang-undang seperti yang ditugaskan oleh DYMM Sultan Perak. Terfikirkah, jika Speaker tidak langsung percaya mahkamah boleh masuk campur dalam hal DUN, mengapa perlu pihaknya menghantar sepasukan Peguam untuk menjawab tuntutan pihak MB, 6 exco dan 3 ADUN bebas untuk mengetepikan keputusannya? Ini hanya menunjukkan mahkamah ada peranan dalam menginterpretasi dan membuat keputusan dalam perbezaan pendapat (dispute). Keputusan mahkamah sebagai pihak yang berkelayakkan haruslah dihormati dan diakur. Tetapi tidak, pihak anarkis ini hanya menghormati keputusan mahkamah jika ia berpihak kepada mereka. Manakala apabila keputusan mahkamah tidak berpihak, mereka engkari. Lebih teruk lagi, mahkamah dihina, dicerca dan dituduh berat sebelah. Kalaulah betullah pengasingan kuasa dari cabang-cabang kuasa itu mutlak, kenapa untuk Nizar dilantik MB, perlu terpilih jadi ADUN? Bukankah itu mencampuraduk Eksekutif dan Penggubal Undang-Undang yang bermakna melanggari semangat Perlembagaan Persekutuan? PAS BERSEKONGKOL DENGAN DAP MENGHAPUSKAN KEKUASAAN MELAYU Memang PAS boleh merelakan dirinya bersekongkol dengan DAP dan sebaliknya memusuhi UMNO dengan begitu ekstrim sekali. Apakah sebenarnya ini berdasarkan minda yang rasional dan budiman atau sebaliknya berdasarkan emosional dan minda yang masih kurang matang dalam sepak teranjang politik Malaysia? Jika UMNO yang ahlinya adalah terdiri daripada orang Melayu dan beragama Islam sama seperti ahli PAS (langsung tidak berbeda), tidak langsung diberikan ruang dan peluang untuk bekerjasama dengan PAS, kenapa pula DAP yang ahlinya terdiri daripada orang Tionghua serta berbeda penganutan agama, PAS sanggup bekerjasama?. Di sinilah ada sesuatu yang tersirat dan tersurat merasa pelik dan tertanya-tanya, apakah ini mengambarkan kebijaksanaan dan kebudimanan dalam membuat sebarang keputusan penting demi umat Melayu dan Islam dalam negara ini? PAS seharusnya dapat melihat akan sikap chauvinist dan perkauman yang sebenar yang diperjuangkan oleh DAP sejak ianya tertubuh suatu ketika dulu. Sekarang sikap itu masih berterusan terutamanya di Pulau Pinang dan di Perak, walaupun di Perak Menteri Besarnya dari PAS. Namun kekuatan PR yang ditunjangi oleh DAP secara majoriti itu, menyebabkan PAS hanya kenampakan seperti boneka sahaja. Dalam hal ini lebih efektif jika di Perak, PAS bekerjasama dengan UMNO untuk menubuhkan kerajaan negeri. Kerusi yang dimiliki oleh kedua parti tersebut sudah mencukupi bagi menubuhkan satu pemerintahan dinegeri tersebut. Kenapa mesti bekerjasama dengan DAP yang ternyata memusuhi Islam dan tidak rela pelaksanaan hukum hudud dalam negara ini? Yang berusaha untuk menghapuskan DEB dalam negara ini? Yang merendah-rendahkan mertabat bangsa Melayu di Pulau Pinang? Yang langsung tidak berusaha untuk mengangkat taraf ekonomi kaum bumiputera dinegeri dimana mereka memerintah? Atau mungkinkah ini kerana sikap "berpatah arang" diantara UMNO dengan PAS? Sikap bermusuhan ini tidak baik dan amat tidak matang dalam politik abad yang ke 21 ini. Bukankah dikalangan penganut Islam, sangat tidak digalakkan sikap bermusuhan dikalangan saudara seagama? Secara teori/ideanya PAS pintar melontarkan kata-kata tentang betapa PAS memusuhi sikap yang buruk, tetapi secara praktiknya PAS adalah manusia yang selalu mengamalkan perbuatan buruk tersebut. Bermusuhan sesama kita adalah satu sikap buruk yang sepatutnya dibendung sedari dulu kerana ia boleh menghancurkan tamadun bangsa yang telah lama terbina. Dalam perkiraan kasar, memang agak mustahil Melayu boleh kecundang dalam politik Perak. Namun kerana permusuhan dikalangan mereka, maka kini Melayu menggigit jari dinegeri tersebut. Nizar memenangi semula kerusi Menteri Besar seperti yang telah diumumkan tidak memberi apa-apa makna kepada kesinambungan kuasa tamaddun Melayu dalam negara ini, kerana kita nampak yang menang bukannya Nizar, malah DAP!!!!! PAS sekarang sangat berbangga kerana mendapat sokongan kuat dari kaum India dan Cina dalam kancah politik negara. Tapi dalam masa yang sama mereka lupa, kaum India dan Cina juga telah menggunakan kesempatan ini untuk kepentingan kaum mereka dan berusaha dengan keras dengan kesempatan yang ada untuk memenuhi kepentingan tersebut. Dimana budiman dan bijaksananya kepimpinan PAS dalam hal seperti ini? Kerana kemenangan itu sesuatu yang menyeronokan, mereka tidak kisah akan kesan buruk yang bakal menimpa bangsa mereka. Samalah ertinya seperti dalam peribahasa kita, "menang sorak kampong tergadai". Tok Guru Nik Aziz dikatakan telah melakukan sembahyang sunat kesyukuran diatas kembalinya semula jawatan MB Perak ditangan Nizar. Ini menggambarkan bahawa beliau benar-benar tidak sedar akan apa yang dimaksudkan diatas dan merelakan demi kepentingan kuasa politik yang dinikmati bertahun-tahun. Beliau benar-benar menganggap DAP adalah rakan baik di Perak tanpa menyedari bahawa Perak bakal jatuh ketangan DAP jika DUN dibubarkan dan diadakan Pilihanraya semula. Adakah PAS sedar, DAP telah berjaya mempunyai wakil Melayu? Jika pilihanraya diadakan semula dan andaikata majoriti kerusi DAP memenangi lebih daripada PRU12 yang berpihak kepada DAP, adakah Nizar diperlukan lagi dengan adanya wakil Melayu yang berpaksikan DAP? Fikir-fikirkanlah.. Taminsari belantan.blogspot.com Perkukuhkan Perpaduan Melayu0 commentsPerkukuhkan Perpaduan Melayu
KUALA LUMPUR 9 Jun - Kerajaan perpaduan mampu membuatkan orang Melayu tidur lebih lena. Pensyarah Pusat Pengajian Sains dan Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dr. Ahmad Atory Hussain berkata, cadangan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu seolah-olah suatu tanda wujudnya unsur gencatan politik antara dua parti politik. Katanya, idea itu juga telah memberi jaminan atau gambaran kepada rakyat bahawa pilihan raya umum akan datang akan berpihak kepada orang Melayu. "Semua gambaran itu menunjukkan tidak ada implikasi buruk jika UMNO dan Pas merealisasikan kerajaan perpaduan malah memberi manfaat kepada rakyat," katanya ketika dihubungi semalam. Beliau mengulas cadangan Abdul Hadi mengenai pembentukan kerajaan perpaduan yang disifatkan mampu menyelesaikan masalah negara. Menurut Ahmad Atory, Pas perlu memberi penjelasan lebih lanjut berhubung cadangan itu demi melaksanakan kerajaan perpaduan yang boleh diterima di kalangan ahli UMNO. Beliau menjelaskan, menerusi kajiannya terhadap pentadbiran dan politik di Barat, kerajaan perpaduan didefinisikan sebagai satu konsep jalinan kerjasama di antara parti pemerintah dan parti pembangkang. Katanya, kedua-dua parti sentiasa bertukar-tukar pendapat dalam banyak perkara malah paling jelas ialah pihak pembangkang tidak menentang polisi yang dikemukakan oleh pihak pemerintah. Beliau mengingatkan, kerajaan perpaduan bukan kerajaan campuran. "Kerajaan campuran melibatkan pembahagian jawatan di dalam Kabinet. Sehubungan itu diharap tidak ada pihak yang tersalah tafsir. Sementara itu, Pengarah Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin berkata, idea yang boleh dianggap sebagai realistik itu benar-benar akan memperkukuhkan majoriti Melayu dalam negara. Katanya, jika benar Pas memilih UMNO untuk membentuk kerajaan perpaduan itu secara tidak langsung parti itu sebenarnya telah menawarkan diri membantu UMNO menguatkan semula prinsip rakyat iaitu memperjuangkan orang Melayu. Beliau berkata, antara persoalan yang boleh diungkaikan ialah, cadangannya itu menjurus ke arah 'percantuman parti' atau kerjasama? "Jika percantuman parti, adakah Barisan Nasional (BN) atau UMNO yang menjadi pilihan Pas nanti?," katanya. MUZDALIFAH MUSTAPHA muzdalifah.mustapha@utusan.com.my Bukan Marah Pada UMNO0 commentsBukan Marah Pada UMNO
1. MENGAMBIL kesempatan suasana politik negara yang semakin stabil, kerajaan patut melangkah lebih jauh . Penulis dapati parti-parti dalam BN terutama UMNO masih belum berubah lagi sebagaimana sepatutnya. Di Manik Urai, belum pun penamaan calon, mantan YB BN , AJK Bahagian dan Ketua Bahagian sudah bercakap benda-benda yang berpecah-belah. 2. Sepatutnya semua AJK Bahagian, Ketua-Ketua Cawangan , penyokong dan pendokong parti di Manik Urai dan negeri Kelantan membuang penyakit-penyakit lama seperti iri hati, ego, busuk hati, patah mematah, dan apa sahaja yang negatif. Sokong sahaja siapa calon UMNO yang telah dipilih nanti, UMNO pula janganlah letak calon luar. Janganlah letak calon yang ada kes mahkamah ker, kes salah laku ker, walaupun ia hanya tuduhan kerana la ne Hukuman Media lebih berpengaruh daripada Hukuman Mahkamah. 3. Kelebihan mantan YB PAS sebanyak 1,000 itu boleh ditarik balik jika semua penyakit hati itu diperbaiki. UMNO tidak akan menang kalau mengharapkan Undi Ahli UMNO sahaja. UMNO memerlukan pengundi-pengundi atas pagar, namun jika mereka melihat UMNO asyik bercakaran, bagaimana mereka nak confident kepada UMNO? 4. Seperti juga di Terengganu, BN sudah memerintah. Kenapalah ada pula YB-YB BN ne nak menjatuhkan MB BN yang sudah sedia ada. Buanglah penyakit jatuh menjatuh tu... Idris Jusoh ker, Ahmad Said ker dua-dua pun YB BN. Kalau asyik nak bergaduh, beri saja jawatan MB itu kepada Haji Hadi Awang. Sepatutnya bersatulah, sokonglah bantulah MB BN itu. Barangkali stadium runtuh itu peringatan daripada Allah SWT. Inilah yang penulis maksudkan perubahan yang sepatutnya UMNO tunjukkan. Bukan perubahan kepada Jawatan, tukar sana tukar situ, ganti sana ganti situ...tetapi perubahan dalam hati...DS Najib bertungkus-lumus memperteguh UMNO dan BN. Sepatutnya di peringkat negeri, bahagian dan cawangan ikutlah...ada fahamkah ahli UMNO di Manik Urai & negeri Terengganu? Ambillah peluang, tatkala Pakatan Rakyat semakin rapuh, sepatutnya seluruh kepimpinan UMNO negeri, bahagian & cawangan bersatu hati...barulah boleh menang. Penulis nak tengok apakah Tengku Razaliegh, Anuar Musa, Tok Pa, Awang Adek, Sazmiah, dll akan turun di Manik Urai? Kita juga nak tengok apakah Idris Jusoh dan Ahmad Said boleh berlapang dada dan bersatu hati ( 1Hati ). Kalau tak boleh beri aje Manik Urai kepada PAS dan beri aje MB Terengganu kepada Haji Hadi. Lepas itu, kalau nak bergaduh teruskan aje, tiada siapa kisah...bukan begitu. Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri http://www.jentayuabaka.com UMNO: United Malays National Organisation0 commentsWelcome to UMNO
Subscribe to:
Posts (Atom)
United Malays National Organisation
The United Malays National Organisation, or UMNO, (Malay: Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu), is a right-wing party and Malaysia's largest political party; a founding member of the Barisan Nasional coalition, which has been Malaysia's ruling political party since independence. It is known for being a major proponent of Malay nationalism, Islamism and capitalism, which holds that the Malay are the "definitive" people of Malaysia and, thus, deserve special privileges as their birthright than any other race in Malaysia.
Recent PostArchive
E-BOOK UMNO (.pdf)Tags
|









