|
Showing posts with label Pemuda UMNO. Show all posts
Showing posts with label Pemuda UMNO. Show all posts
Pemuda UMNO Tubuh Pusat Aduan Komuniti, Bantu Rakyat Semua Kaum1 commentsPemuda UMNO Tubuh Pusat Aduan Komuniti, Bantu Rakyat Semua Kaum
Kuala Lumpur - Bagi memudahkan orang ramai terutama mereka yang memerlukan bantuan serta khidmat nasihat, Pemuda UMNO menerusi Biro Aduan Komuniti akan menubuhkan Pusat Aduan Komuniti. Pusat aduan tersebut yang beroperasi di Plaza Rah, Kg baru akan dirasmikan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin Jumaat ini. Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO, Datuk Khairun Tan Sri Aseh berkata pusat tersebut akan memainkan peranan sebagai jambatan kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama. Menurutnya seramai empat kakitangan sokongan termasuk seorang peguam akan ditempatkan di pusat tersebut bagi menguruskan sebarang permohonan atau masalah yang akan dikemukakan oleh orang ramai kelak. "Pusat tersebut akan dibuka secara rasmi Jumaat ini. "Kita berharap dengan adanya pusat aduan sedemikian, orang ramai akan memanfaatkan kemudahan tersebut untuk kepentingan bersama khususnya bagi membela nasib rakyat yang memerlukan bantuan", katanya kepada laman webPemuda di sini, hari ini. Menjelaskan lebih lanjut penubuhan pusat aduan terbabit, beliau seterusnya menambah tidak wujud pertindihan tugas antara pusat aduan terbabit dengan mana-mana jabatan kerajaan atau pun agensi sukarela yang lain. "Kita bergerak dengan satu nawaitu iaitu untuk menjadi jambatan atau pemudahcara kepada rakyat. Jangan ada pula nanti mereka yang mengambil kesempatan dan sebagainya. "Apa yang penting fokus kita adalah untuk membantu rakyat yang memerlukan bantuan tanpa mengira kaum", ujarnya. S.A Najmuddin http://www.pemuda.com.my
Subscribe to:
Posts (Atom)
United Malays National Organisation
The United Malays National Organisation, or UMNO, (Malay: Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu), is a right-wing party and Malaysia's largest political party; a founding member of the Barisan Nasional coalition, which has been Malaysia's ruling political party since independence. It is known for being a major proponent of Malay nationalism, Islamism and capitalism, which holds that the Malay are the "definitive" people of Malaysia and, thus, deserve special privileges as their birthright than any other race in Malaysia.
Recent PostArchive
E-BOOK UMNO (.pdf)Tags
|






