Showing posts with label umno. Show all posts
Showing posts with label umno. Show all posts

Kenapa Husam dan Nik Aziz bencikan sangat UMNO tapi kasih kan DAP?

8 comments

Kenapa Husam dan Nik Aziz bencikan sangat UMNO tapi kasih kan DAP?

Secara mutlak Husam dan geng Erdogan sudah tidak punya kuasa dalam PAS , Anwar sudah sepi membisu kerana segala perancangan beliau tidak direstui oleh Allah SWT. Kumpulan Erdogan mahu menyekat perbincangan mengenai kerajaan Perpaduan , mereka mahu menghalang kerana mereka lebih rela bekerjasama dengan DAP dari UMNO. Sekiranya PAS orang Melayu beragama Islam dan UMNO orang Melayu beragama Islam bekerjasama untuk orang Melayu, Anwar pasti tersingkir kerana tiada tempat Anwar dalam UMNO. Bau Anwar pun sudah tidak wujud dalam UMNO.

Pada sidang media selepas tewas merebut jawatan Timbalan Presiden PAS dalam muktamar parti itu minggu lalu, Datuk Husam Musa yakin perjuangan dan pandangan politiknya dapat diteruskan dalam parti itu.Beliau mendakwa, majoriti ahli jawatankuasa PAS Pusat dan Naib Presiden yang dipilih adalah mereka yang komited terhadap pandangan terutama dalam menolak gagasan kerajaan perpaduan.Bekas Naib Presiden dan Exco kerajaan Kelantan itu menjelaskan, beliau membangkitkan isu menolak gagasan kerajaan perpaduan bukan untuk menang pemilihan parti tetapi tidak mahu PAS mengadakan rundingan dengan UMNO.Katanya, tiada jalan pintas walau apa cara sekalipun untuk PAS bersama-sama UMNO

.Beliau tegas pada pandangan PAS mesti menggantikan UMNO.Barangkali memegang prinsip 'alang-alang menyeluk pekasam, biar ke pangkal lengan', usaha Husam dan beberapa pemimpin lain dalam kumpulan Erdogan, nampaknya tidak berakhir selepas muktamar tersebut.Malah desas desus yang berlegar mengatakan adanya pertemuan sulit kumpulan itu yang turut dihadiri oleh Musyridul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat di ibukota selepas muktamar itu untuk merumus cara mematahkan sebarang usaha untuk menjayakan idea kerajaan perpaduan,pasti akan menghangatkan lagi keadaan

Kenapa Husam dan Nik Aziz terus menerus mangkafirkan UMNO sedangkan yang kafir sebenar dipeluk dan di cium . Mengapa Nik Aziz dan Husam mahu menolak kerjasama mereka yang sejemaah dalam satu masjid yang menyembah tuhan yang sama ia itu Allah SWT. Mengapa Nik Aziz lebih berminat kepada DAP dan Anwar Ibrahim peliwat antarabangsa.

Hj Hadi menyedari hakikat ini dan itulah sebab kumpulan ulamak lebih cenderung mencari jalan penyelesaian demi agama dan bangsa Melayu. Mereka tidak perjuangkan kerusi Perdana Menteri dan mereka memikirkan maruah bangsa dan agama. Hanya UMNO lah sebuah parti pendokong maruah bangsa Melayu.

http://www.kpmu.net
Read On

Bukan Marah Pada UMNO

0 comments

Bukan Marah Pada UMNO

1. MENGAMBIL kesempatan suasana politik negara yang semakin stabil, kerajaan patut melangkah lebih jauh . Penulis dapati parti-parti dalam BN terutama UMNO masih belum berubah lagi sebagaimana sepatutnya. Di Manik Urai, belum pun penamaan calon, mantan YB BN , AJK Bahagian dan Ketua Bahagian sudah bercakap benda-benda yang berpecah-belah.

2. Sepatutnya semua AJK Bahagian, Ketua-Ketua Cawangan , penyokong dan pendokong parti di Manik Urai dan negeri Kelantan membuang penyakit-penyakit lama seperti iri hati, ego, busuk hati, patah mematah, dan apa sahaja yang negatif. Sokong sahaja siapa calon UMNO yang telah dipilih nanti, UMNO pula janganlah letak calon luar. Janganlah letak calon yang ada kes mahkamah ker, kes salah laku ker, walaupun ia hanya tuduhan kerana la ne Hukuman Media lebih berpengaruh daripada Hukuman Mahkamah.

3. Kelebihan mantan YB PAS sebanyak 1,000 itu boleh ditarik balik jika semua penyakit hati itu diperbaiki. UMNO tidak akan menang kalau mengharapkan Undi Ahli UMNO sahaja. UMNO memerlukan pengundi-pengundi atas pagar, namun jika mereka melihat UMNO asyik bercakaran, bagaimana mereka nak confident kepada UMNO?

4. Seperti juga di Terengganu, BN sudah memerintah. Kenapalah ada pula YB-YB BN ne nak menjatuhkan MB BN yang sudah sedia ada. Buanglah penyakit jatuh menjatuh tu... Idris Jusoh ker, Ahmad Said ker dua-dua pun YB BN. Kalau asyik nak bergaduh, beri saja jawatan MB itu kepada Haji Hadi Awang. Sepatutnya bersatulah, sokonglah bantulah MB BN itu. Barangkali stadium runtuh itu peringatan daripada Allah SWT.

Inilah yang penulis maksudkan perubahan yang sepatutnya UMNO tunjukkan. Bukan perubahan kepada Jawatan, tukar sana tukar situ, ganti sana ganti situ...tetapi perubahan dalam hati...DS Najib bertungkus-lumus memperteguh UMNO dan BN. Sepatutnya di peringkat negeri, bahagian dan cawangan ikutlah...ada fahamkah ahli UMNO di Manik Urai & negeri Terengganu?

Ambillah peluang, tatkala Pakatan Rakyat semakin rapuh, sepatutnya seluruh kepimpinan UMNO negeri, bahagian & cawangan bersatu hati...barulah boleh menang.
Penulis nak tengok apakah Tengku Razaliegh, Anuar Musa, Tok Pa, Awang Adek, Sazmiah, dll akan turun di Manik Urai? Kita juga nak tengok apakah Idris Jusoh dan Ahmad Said boleh berlapang dada dan bersatu hati ( 1Hati ). Kalau tak boleh beri aje Manik Urai kepada PAS dan beri aje MB Terengganu kepada Haji Hadi. Lepas itu, kalau nak bergaduh teruskan aje, tiada siapa kisah...bukan begitu.

Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri
http://www.jentayuabaka.com
Read On

UMNO: United Malays National Organisation

0 comments

Welcome to UMNO Malaysia Blog. I made it just for my personal thought about United Malays National Organization (UMNO)

Read On