Kes Liwat Saiful - Anuar Ibrahim: Moga Allah Beri Petunjuk!

Kes Liwat Saiful - Anuar : Moga Allah Beri Petunjuk!


Sejarah sejak di universiti
UM tempat memulakan aksi
Diheboh tragis insan mati
Kebuluran di Baling, uari

Hebat pidato, ramai ngaga
Imej Islam jati kelek sama
PKPIM terlihat diperguna
Berjaya ABIM dapat bina

Yayasan Anda jaya bentuk
Air tangan beliau menusuk
Promo diri kagumi tenguk
Dilihat minati rata pelusuk

Dalam negara, hebat rasai
Ke pentas dunia dijelajahi
Dalam WAMY ikut dikenali
Banyak terpukau sana sini

Elok dicatat persilatannya
Gagal kuasai 4B sedia ada
Tuah peraturan halanginya
ABIM jadi pelonjak utama

Atas ketokohan kita tenguk
UMNO dan PAS mahu peluk
Pada UMNO beliau angguk
Terkilan parti PAS terduduk

Dulu TunM,beliau junjungi
Taburan setiakawan jaringi
Gugur TunGhafar tandingi
Timbalan PM jaya perolehi

Hanya selangkah jadi nyata
Hebohlah oleh PAS merata
Mat sabu dan lain2 menjaja
Gelaran 'aljuburi' terbiasa

TunM pun tak sedap duduk
Siasat segala seluk-beluk
Digugur dari kerusi empuk
Mantan TPM marah becuk

Di mahkamah beliau diadili
Pertuduhan liwat sukar bukti
Kes salahguna kuasa hadapi
Di Sg Buluh hukuman jalani

Apabila larangan tamat masa
PRK Pematang Pauh laksana
Redha isteri buat suami setia
Kini penasihat PR bertakhta

Belum lenyap ingatan buruk
Kes kedua serupa menjenguk
Kabarnya Julai nanti tenguk
Semoga Allah beri petunjuk

KOLEKSI PUISI SERLING
http://koleksipuisiserling.blogspot.com/

p/s:
Rakaman puisi menjelang perbicaraan kes liwat kedua bulan Julai 2009 nanti – Keadilan buat Saiful dan Anwar.

Digg this

0 comments: