Manohara dan Kisah-kisah Cinta Dengan Indon

Manohara dan Kisah-kisah Cinta Dengan Indon


Sekarang ni, skandal yang sibuk dibincang adalah mengenai bekas model Indonesia, Manohara yang lari dari suaminya dan anak Sultan Kelantan, Tengku Muhammad Fakry Petra.

Ada cerita Manohara lari dengan memberitahu Kadar Shah menggunakan isyarat. Macam-macam yang dispekulasikan mengenai riwayat hidup Manohara. Dari ibu Manohara yang dikatakan mata duitan, penglibatan Interpol, bekas teman Manohara yang merupakan anak hartawan Bakrie hingga video kekasaran terhadapnya.

Katanya hubungan antara Manohara dan Tengku Fakry masih baik dan mereka sedia kembali bersama. Ada kata masaalahnya kehidupan istana yang penuh protokal dan caranya tersendiri tidak sesuai dengan anak muda yang dahulunya sosial dan bebas.

Cerita Manohara ini sensasi kerana melibatkan putera raja dan seorang wanita muda yang amat cantik. Untuk cerita kehidupan ianya tidak menyayatkan. Pada Husin, ini cerita peribadi antara suami isteri. Tak perlu dihebuh-hebuhkan.

Kawan ana dari Sabah ada menghantar e-mel mengenai satu percintaan dengan wanita Indonesia. Cerita ini sungguh mengguris hati. Ia melibatkan seorang warga Indonesia juga, tetapi hanya seorang pembantu rumah.

Untuk beberapa tahun, Sutina bekerja dengan Ahmad Suffian sebagai pembantu rumah. Sutina seorang pekerja yang baik. Dia ikhlas dalam kerjanya dan baik melayan majikannya. Ini menyentuh hati Suffian. Dia menghormati Sutina dan melayannya dengan baik.

Sutina orangnya sebenar cantik dan menarik tetapi maklumlah buat kerja rumah, tidak menyerlah kecantikannya. Suffian menyedari akan kecantikan Sutina disebalik luarannya yang simple.

Dengan layanannya yang baik, lama-lama dia jatuh hati dan diluahkan perasaanya. Terjalin hubungan sulit antara mereka hingga akhirnya terlanjur.

Satu hari, Sutina memberitahu Suffian yang dirinya sudah berisi. Suffian menjadi serba salah. Dia sedia bertanggungjawab untuk menikahi Sutina. Suffian rasa dirinya mampu menyediakan sebuah rumah untuk Sutina disini. Mungkin tidaklah mampu untuk meletakkan Sutina di sebuah rumah di kawasan mewah semacam seorang Menteri dulu.

Yang menyulitkan, Suffian tidak mahu merosakkan perkahwinannya dan Sutina tidak mahu melukakan isteri Suffian, Norazalina yang melayannya macam keluarga. Akhirnya demi kebaikan semua, mereka bersetuju untuk merahsiakan perhubungan mereka. Dengan berat hati, Suffian bersetuju dengan permintaan Sutina untuk kembali ke Bandung untuk melahirkan anak mereka di sana.

Suffian sedih untuk berpisah dan kesal tidak dapat melihat kelahiran anak mereka. Dia berjanji akan menanggung segala sara hidup Sutina dan kos pembesaran anak tersebut sehingga umurnya berusia 18 tahun. Dia akan mengatur untuk mereka bernikah. Sutina berjanji tidak akan menceritakan pernikahan mereka kepada sesiapa.

Suffian meminta Sutina memberitahunya secara rahsia apabila anaknya lahir nanti. Caranya adalah melalui poskad. Dia minta ditulis perkataan "Mi Bandung" dibelakangnya dan dia faham anak sudah lahir. Dia akan segera menghantar belanja tambahan untuk anak.

Sembilan bulan berlepas itu. Satu hari Suffian pulang dari kerja. Dengan ruap muka yang hairan bercampur curiga, maklumlah orang perempuan, Norazalina memberitahu suaminya mengenai satu poskad yang diterima dari posmen hari itu.

"Abang ... abang dapat poskad yang peliklah hari ni."

"Oh, ye ke? Bagi poskad tu kat abang. Biar abang tengok," jawab Suffian dengan hati yang sedih bercampur gumbira. Dia dapat merasa Sutina sudah melahirkan anak mereka.

Norzalina pun memberi poskad itu kepada Suffian.

Suffian terus membalikkan poskad untuk membaca pesanan rahsia mereka. Tiba-tiba muka Suffian berubah. Mula-mula bertukar menjadi biru, kemudian berubah menjadi ungu dan terus pengsan.

Apa isi kandung poskad itu?

Isi kandung poskad itu berbunyi ...

"Mi Bandung, Mi Bandung, Mi Bandung, Mi Bandung - 2 ada telur, 2 tiada telur. Tolong hantarkan kuah lebih ya!"


The Antics of Husin Lempoyang
http://the-antics-of-husin-lempoyang.blogspot.com

Digg this

0 comments: